Monday, 4 September 2017

Peta I-think


                                                               

                                                            PETA I-THINK

          


           Peta Pemikiran adalah merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Antara jenis peta pemikiran yang dicadangkan di dalam pengaplikasian program ini adalah Peta BulatanPeta BuihPeta Buih BergandaPeta Pokok , Peta Dakap , Peta AlirPeta Pelbagai Alir dan Peta Titian.


  ➽➽➽Kelebihan Peta I-Think
  
  

   🔺 Mudah dalam Membuat Nota & Menjimatkan Masa


Peta i-think ini amat mudah untuk pelajar dalam membuat nota. Melalui peta i-think tersebut, nota yang padat dan ringkas akan terhasil. Hal ini seterusnya dapat menjimatkan masa kerana semasa mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan pelajar tidak perlu untuk membuka buku teks sebaliknya hanya merujuk kepada nota i-think itu.

  🔺  Membantu pelajar menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat pembentangan.


Ia bukan sahaja membantu memberi idea malah ia memberi gambaran secara visual tanpa merujuk kepada buku teks. Hal ini akan dapat dilihat apabila, pelajar membuat pembentangan tanpa melihat kepada buku teks dan mampu melihat kepada peta i-think dan menghuraikan seperti yang difahaminya.

 🔺 Mengasah Kreativiti Murid

 Dengan menggunakan peta ini ia mampu mengasah kreativiti pelajar dalam berfikir. Hal ini amat baik kerana ia adalah seiring dengan impian kerajaan menjelang wawasan 2020 iaitu melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan mampu berfikir secara kritis


   ⧪⧪⧪  Kelemahan Peta I-Think


  🔻  Memerlukan Masa yang lama

    Untuk membuat peta ini ia memerlukan masa yang lama kerana perlu untuk melukis bentuknya dan perlu untuk mencantikkkan peta tersebut.

 🔻 Huraian Yang tidak lengkap.

  huraian yang tidak lengkap memyebab seseoraang kadang-kandang sukar untuk memahami peta i-think tersebut.


   ➤➤Contoh-Contoh Peta I-Think➤

 1) Peta Bulatan
Image result for contoh peta bulatan
 Peta ini digunakan untuk mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks

2) Peta Buih

Image result for contoh peta buih

Bubble Map digunakan untuk memperkayakan kebolehan murid bagi mengenal pasti kualiti

3) Peta Pokok

Image result for contoh peta pokok
 Peta ini untuk mengklasifikasikan bahan atau idea

4) Peta Dakap

Image result for contoh peta dakap i think

 Untuk menganalisa objek fizikal

5) Peta Alir

Image result for contoh peta alir

 Untuk membuat sesuatu proses

 6) Peta Pelbagai Alir

Image result for contoh peta  pelbagai alir

menunjukkkan dan menganalisa hubungan sebab dan akibat.

7)  Peta Titi

Image result for contoh peta titi


  SUMBER :   http://www.cikguhailmi.com/2013/11/i-think-kemahiran-berfikir-secara-kreatif-kritis-dan-inovatif.html

No comments:

Post a Comment

Peta I-think

                                                                                                                            PETA I-THINK ...